Informasi Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah 2011

Selamat menyambut tahun baru 2011 dan selamat kembali ke sekolah.

Pencapaian PSS membanggakan pada tahun 2010 dimana PSS SMK Hutan Kampong  telah dikategorikan antara PSS terbaik dibawah PKG Langgar dengan pencapaian empat bintang.  Tahun ini, PSS SMKHK akan menampilkan wajah baru. Reformasi bermula dari pentadbiran hinggalah perkhidmatan pelanggan. Semuanya demi merealisasikan visi kami yang baru; “PSS Cemerlang di Daerah Kota Setar pada tahun 2013”. Dengan mengekalkan motto “Gerbang Kecemerlangan Ilmu” kami akan membangunkan PSS untuk semua, berdasarkan  NKRA dan KPI yang baru.

PERKHIDMATAN DAN KEPAKARAN:-

1. Pinjaman dan rujukan buku  dari pelbagai disiplin ilmu, novel dan novelette, Ensiklopedia Umum dan Khusus, termasuk Koleksi Emas; berupa buku Karya Besar dan Karya Agung. Juga tersedia Almanak dan Gazetir (secara digital).

2. Pinjaman dan rujukan  bahan bukan buku seperti CD, CD-ROM, CD-RI, CD– Interaktif.

3. Rujukan akhbar dan majalah ilmiah serta penerbita terkini dari NGO kerajaan dan bukan kerajaan

4. Permintaan muat turun (Download on Demand) Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Bank Soalan, GSP, Penghasilan BBM Powerpoint Presentation, Authoware, Hotpotatoes, dan Bahan Berasaskan Web (termasuk bantuan kepakaran pembinaan dan penggunan perisian oleh GPM)

5. Bantuan kepakaran rakaman dan pemgambaran video  serta audio,  rakan salin gambar digital, Networking, Database Programming (MS. Access, C++, VB, Dhelpi), Macromedia Director, Flash, & Dreamweaver  & penghasilan blog oleh GPM

6.  Bilik Multimedia  – Tersedia dengan peralatan audio canggih, TV  36” dan 40” dengan tayangan TV Astro (13 Saluran) dan tayangan serta muat turun video EduwebTV, KPM. Set komputer dan LCD, OHP, Koleksi Lutsinar dan CD  untuk proses pengajaran & pembelajaran dan dilengkapi dengan pendingin hawa.

7. Bilik perpustakaan yang dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa, serta terdapatnya Mini Taman Sumber akan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membuat rujukan , perbincangan, serta  boleh bermesyuarat di sini.

8. Dalam usaha menjadikan PSS sebagai PSS Digital menjelang tahun 2013, PSS telah pun menyediakan prasarana ICT berkenaan. Antaranya ialah blog sendiri; (http://www. Psshutankampong.wordpress.com),  Email (pssmkhkkedah@gmail.com), Facebook (search: pss smk hutan kampong), Panoramio, Picasa Web Album, dan Scbrid Share Files.

9. Khidmat nasihat dan kepakaran bagi pelajar yang akan menyediakan Kerja Kursus, Bengkel dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).

KOLEKSI RESOS

1. Bahan Buku – 3589 buah

2. Koleksi CD –  346 buah

3. Set Komputer (untuk penggunaan pelanggan) – 2 buah

4. TV – 2 unit

5. Koleksi Lutsinar – 8 unit

6. OHP –  2 unit.

PANDUAN PENGGUNAAN

PSS mengamalkan dasar keterbukaan dan mesra pelanggan. Anda akan diberikan layanan yang terbaik dari semua aspek. Kami mensasarkan konsep “Penggunaan Optimum” bagi semua resos, premis dan perkhidmatan.

1. Bagi melancarkan penggunaan, semua guru yang ingin menggunakan Bilik Perpustakaan, Bilik Multimedia dan lain-lain bilik diminta mengisi Jadual Tempahan yang diletakkan di luar bilik Perpustakaan dan Multimedia. Tempahan dibuat bagi setiap minggu (Hari Khamis).

2. Guru yang  menggunakan bilik-bilik berkenaan juga diminta untuk mencatat rekod penggunaan di Buku Rekod Penggunaan yang disediakan.

3. Bagi guru-guru yang akan melaksanakan Progran NILAM, buku-buku Pinjaman Pukal disediakan dan diagih-agihkan kepada guru berkenaan pada awal tahun. Sila tandatangan borang penerimaan dan mengisi rekod penggunaan pelajar dengan menggunakan borang yang disediakan.

4. Sebarang masalah yang berkaitan dengan perkakasan, resos mahu pun untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran, bolehlah menghubungi Guru Perpustakaan & Media (GPM) atau mana-mana guru PSS yang lain. Anda akan diberikan PERKHIDMATAN YANG TERBAIK.

Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya) dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku (Surah Ash Shafaat; 37)

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi           : Pn. Rasidah bt. Ismail

Tim. Pengerusi  : En Ku Azizan b. Ku Baharom

Naib. Pengerusi : Tn. Hj. Jamal Abd Nasir b Ishak

: En. Morti a/l Muniretnam

Setiausaha          : Tn. Hj. Ahmad b. Md Isa (GPM)

Naib  Setiausaha : Pn. Hjh Che Halimah bt. Ahmad

AJK :

Bilik Multimedia & Program PSS : Tn. Hj. Mohd Fauzi b. Abd Hamid

Bilik SAL : Pn Loh Lee Fun

ICT : Pn Norhafizah bt Nordin

Nilam : Pn Rosiah bt Mohamad

Kajian Tindakan : Pn. Fazlynda bt Mohd Fadzil

Keceriaan : Pn. Hjh Che Halimah bt. Ahmad, Pn. Rohani bt Ahmad

Semua Guru Kanan Mata Pelajaran

Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran

JAWATANKUASA NILAM

Pengerusi          : Pn. Rasidah bt. Ismail

Tim. Pengerusi : En Ku Azizan b. Ku Baharom

Naib Pengerusi  : Tn. Hj. Jamal Abd Nasir b Ishak

: En. Morti a/l Muniretnam

Penyelaras          : Tn. Hj. Ahmad b. Md Isa (GPM)

Setiausaha          :  Pn Rosiah bt Mohamad

Naib  Setiausaha : Pn. Hjh Che Halimah bt. Ahmad

AJK :

Nilam B.Inggeris : Pn. Loh Lee Fun

Nilam B. Malaysia : Pn. Hjh Che Halimah bt. Ahmad

Semua Guru Mata Pelajaran B. Inggeris & B. Malaysia

JAWATANKUASA RAKAN MEDIA

Pengerusi          : En Ku Azizan b. Ku Baharom

Tim. Pengerusi : Tn. Hj. Ahmad b. Md  Isa

: Pn. Hjh Che Halimah bt. Ahmad

Ketua Rakan Media : Sdr. Zulaikha bt. Khalid

Pen. Ketua Rakan Media: Nurul Nabihah bt. Abd Rahim

Setiausaha :  Sdr. Nur Syafikah bt. Ismail

Naib Setiausaha : Nor Shahirah bt. Mohammad

Bendahari : Amira Shafeeqah bt Said

Buat Renungan :

” Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya) dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku (Surah Ash Shafaat; 37)”

About psshutankampong

Komuniti Pusat Sumber Pendidikan Maya
This entry was posted in Brosur, Buletin PSS, Edaran Dalaman, Organisasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s