Gerbang Kecemerlangan Ilmu

SEJARAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong mula dibuka pada 1 Januari 2005. Sementara operasi Pusat Sumber Sekolah (PSS) bermula pada 6 Mac 2005, suatu jangka masa yang cepat bagi sesebuah sekolah yang baru dibuka.

PSS merupakan salah satu entiti yang penting dalam sesebuah institusi pendidikan, khususnya di sesebuah sekolah. Peranannya bukan sekadar menjadi pusat rujukan pelajar semata-mata, tetapi juga sebagai tempat perlaksanaan pelbagai aktiviti pelajar semasa dan selepas proses Pengajaran & Pembelajaran.

Fungsi dan peranan PSS adalah besar. Namun tidak semua khalayak yang menyedari akan kepentingan ini. Menyedari hakikat itu, pentadbiran PSS SMK Hutan Kampong, dengan penuh semangat dan iltizam mula mengorak langkah bagi membangunkan PSS menggunakan sumber yang terhad, demi membantu peningkatan prestasi sekolah khususnya dalam peperiksaan awam.

PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah, SMK Hutan Kampong, Alor Setar Kedah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan yang terkini. Semua biliknya dilengkapi dengan penghawa dingin. Terletak di tingkat 3 bangunan hadapan sekolah. Mempunyai satu bilik Perpustakaan yang  boleh memuatkan 80 orang pelajar dalam satu masa. Di bilik Perpustakaan mempunyai Bilik Kerja, Bilik Rakaman, dan Bilik Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Ruangnya yang luas memberikan keselesaan kepada pelajar untuk membuat rujukan di sini. Juga terdapat beberapa sudut khas yang diwujudkan oleh GPM di sini.

Semua operasi di PSS adalah secara digital. Bermula dari pemprosesan buku, peminjaman dan pemulangan hinggalah ke pencarian (OPAC) bahan menggunakan sistem automasi secara digital, berbentuk jaringan (LAN/WAN networking) yang dikawal sepenuhnya dari bilik GPM.

Pelajar menggunakan Kad Pintar bagi urusan peminjaman dan pemulangan buku dan bahan bukan buku (CD, VCD, DVD, CD-RI, dan CD-I).

Selain Perpustakaan, terdapat sebuah Bilik Multimedia yang menempatkan pelbagai media untuk pengajaran dan pembelajaran. Dilengkapi dengan komputer, LCD, VCD / DVD, Sistem Theater, OHP, TV (36 dan 40″), Astro dan EduwabTV sertapelbagai peralatan lain. Bilik ini boleh menampung 45 orang, menggunakan meja lengan.

Selain bahan berbentuk buku, PSS juga mempunyai pelbagai bahan yang bukan berbentuk buku. Semua ini memberikan manfaat kepada seluruh warga sekolah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bermottokan “Gerbang Kecemerlangan Ilmu”, pentadbiran PSS telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Segalah aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan akan berlandaskan motto ini. Penglibatan semua warga sekolah dan pelaksanaan aktiviti yang terancang dan teratur telah membantu menjana “Budaya Ilmu” di sekolah ini. Seiring dengan motto sekolah “Cemerlang Dijulang”, PSS juga memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada warga sekolah dan pelajar khususnya  yang menunjukkan kecemerlangan dalam semua aktiviti anjuran PSS.

About psshutankampong

Komuniti Pusat Sumber Pendidikan Maya
This entry was posted in Budaya Ilmu, Library, Perpustakaan, Pusat Sumber Sekolah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s